LATARBELAKANG
Aku nak cerita sikit latar belakang hidup ...... ni baru nak blajar blogging ....kalu xbtul harap maaf deh... he...he...he... skadar nak kongsi pengalaman.......
Dibesarkan dalam keluarga yang agak besar jgak... aku anak ke 11 dari 13 adik beradik (6 lelaki, 7 perempuan) Lo ni yang tinggal hanya 5 lelaki, 4 perempuan. Ayah dan mak dah meninggal (ayah-1993; mak -4/11/2006). Al Marhum Ayahanda seorang guru agama pondok di Pondok Rasal, To' Uban, tempat kelahiran kami adik beradik. Pondok ni diwarisi drpd Al Marhum Datuk aku, Hj. Wan Idris. Kami dididik dengan disiplin agama yang agak ketat... maklumlah anak tok guru pondok... katakan. Jadual harian kami (aku dan abng aku, Che Hassan) adalah seperti berikut :
Bangun Pagi : 2 jam sebelum subuh - solat tahajjud dan belajar akademik ... masa tu xdok letrik lagi... guna 1 pelita ayam... kongsi 2 orang....
Pah2 : Solat Subuh berjemaah di masjid .... dpan rumah je.
Pah2 : Baca Qur'an... sekurang-kurangnya 2 pipi
pah2 : Bersiap2 untuk ke sekolah .... mandi, pakai baju dan sarapan ... ayah sangat jaga pemakanan kami... setiap pagi mesti makan telor ayam masak separuh (ayam pelihara sndiri) dan minyak ikan kod, kadang2 makan roti bata yang dibakar dan disapu gula dan majerin.
PENDIDIKAN
1972 - 1977: Sek rendah di Sek. Keb. To'Uban, masa djh 1 smpat jgak belajar di sekolah berbumbung atap nipah dan berdinding buluh.
1978 - 1980 : Sek. Men. To' Uban
1981 - 1982 : Sek. Men. Teknik Terengganu
1983 : Kursus Intensif B.I (Tajaan JPA ke Australia)
1984 : Narrabundah College ACT, Canberra, Australia (Year 12 Certificate)
1985 - 1988 : Canberra College of Advanced Education
Cukup setakat tu je dulu ....
No comments:
Post a Comment