KENDURI ARWAH, TAHLILAN & YASINAN MENURUT ULAMA
SYAFIE
Walaupun beliau telah pergi menemui Allah Ta'ala, ilmunya ini
wajar diambil pedoman....
KENDURI ARWAH, TAHLILAN & YASINAN MENURUT ULAMA
SYAFIE
Mungkin ramai dari kalangan pengikut
mazhab Syafie tidak menyedari bahawa bertahlil dengan cara berkumpul beramai-ramai,
membaca al-Quran, berzikir, berdoa dan mengadakan hidangan makanan di rumah si
Mati atau keluarga si Mati bukan sahaja Imam Syafie yang menghukum haram dan
bid'ah, malah ramai para ulama mazhab Syafie turut berpendirian seperti
Imam Syafie. Adapun antara meraka yang mengharamkan kenduri arwah, yasinan,
tahlilan dan selamatan ialah Imam Nawawi, Ibn Hajar al-Asqalani, Imam Ibn
Kathir, Imam ar-Ramli dan ramai lagi para ulama muktabar dari kalangan yang
bermazhab Syafie, sebagaimana beberapa fatwa tentang pengharaman tersebut dari
mereka dan Imam Syafie rahimahullah:
وَاَكْرَهُ الْمَاْتَمَ
وَهِيَ الْجَمَاعَةُ وَاِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ بُكَاءٌ.
"Dan aku telah memakruhkan (mengharamkan) makan, iaitu berkumpul di rumah (si Mati) walaupun bukan untuk tangisan (ratapan)".[1]
"Dan aku telah memakruhkan (mengharamkan) makan, iaitu berkumpul di rumah (si Mati) walaupun bukan untuk tangisan (ratapan)".[1]
Mengadakan majlis kenduri iaitu dengan berkumpul beramai-ramai
terutamanya untuk berzikir, tahlilan, membaca surah Yasin atau kenduri arwah
sebagaimana yang dilakukan oleh masyarakat Nusantara di rumah si Mati atau
memperingati kematian, maka semuanya itu benar-benar dihukum bid'ah yang
mungkar oleh Imam Syafie rahimahullah sebagaimana fatwa-fatwa beliau dan para
ulama yang bermazhab Syafie yang selanjutnya:
وَاَمَّا اِصْلاَحُ اَهْلُ
الْمَيِّتِ طَعَامًا وَجَمْعُ النَّاسَ عَلَيْهِ فَبِدْعَةٌ غَيْرُ مُسْتَحَبَّةٍ.
"Adapun menyediakan makanan oleh keluarga si Mati dan berkumpul beramai-ramai di rumah (si Mati) tersebut maka itu adalah bid'ah bukan sunnah".2 [1]
"Adapun menyediakan makanan oleh keluarga si Mati dan berkumpul beramai-ramai di rumah (si Mati) tersebut maka itu adalah bid'ah bukan sunnah".2 [1]
Di dalam kitab (اعانة الطالبين) juz. 2 hlm. 146 ada disebut pengharaman kenduri arwah, iaitu:
وَمَا اعْتِيْدَ مِنْ
جَعْلِ اَهْلَ الْمَيِّتِ طَعَامًا لِيَدْعُوْ النَّاسَ اِلَيْهِ بِدْعَةٌ
مَكْرُوْهَةٌ كَاِجْتِمَاعِهِمْ لِذَلِكَ لِمَا صَحَّ عَنْ جَرِيْرِ قَالَ : عَنْ
جَرِيْرِ بْنِ عَبْدِاللهِ قَالَ : كُنَّا نَعُدُّ اْلاِجْتِمَاعَ لاَهْلِ
الْمَيِّتِ وَصَنْعُهُمْ الطَّعَامَ مِنَ النِّيَاحَةِ. (رواه الامام احمد وابن
ماجه باسناد صحيح).
"Dan apa yang telah menjadi kebiasaan manusia tentang menjemput orang dan menyediakan hidangan makanan oleh keluarga si Mati adalah bid’ah yang dibenci, termasuklah dalam hal ini berkumpul beramai-ramai di rumah keluarga si Mati kerana terdapat hadis sahih dari Jarir bin Abdullah berkata: Kami menganggap berkumpul beramai-ramai (berkenduri arwah) di rumah si Mati dan menyiapkan makanan sebagai ratapan".3 [1] (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibn majah dengan sanad yang sahih).

Fatwa Imam Syafie dan para ulama muktabar yang bermazhab Syafie
telah mengharamkan berkumpul beramai-ramai dan menyediakan hidangan makanan di
rumah si Mati untuk tujuan kenduri arwah, tahlilan, yasinan dan menghadiahkan
(mengirim) pahala bacaan al-Quran kepada arwah si Mati Mereka berdalilkan
al-Quran, hadis dan athar-athar para sahabat yang sahih sebagaimana yang
dikemukakan oleh mereka melalui tulisan-tulisan di kitab-kitab mereka. Mereka
tidak mungkin mengharamkan atau menghalalkan sesuatu mengikut akal fikiran,
pendapat atau hawa nafsu mereka semata, pastinya cara mereka mengharamkan semua
itu dengan berdalilkan kepada al-Quran, as-Sunnah dan athar dari para ulama
yang bermanhaj Salaf as-Soleh.
[1]. Lihat: Al-Umm. Juz 1. Hlm. 248.
[2]. Lihat: مغنى المحتاج. Juz 1. Hlm. 268.