MASALAH
SHALAT BAGI WANITA HAIDH
WANITA HAIDH DAN NIFAS WAJIB MENGQADHA PUASA, NAMUN
TIDAK MENGQADHA SHALAT [1]
1.
Dari Mu’adzah رضيﷲعنها bahawasanya seorang wanita bertanya kepada ‘Aisyah رضيﷲعنها : ”Apakah salah seorang dari
kami wajib mengqadha shalatnya jika telah suci?” ‘Aisyah رضيﷲعنها menjawab : “……. Kami mengalami haidh pada masa
Rasulullah صلﷲﻋﻠﻴﻪﻮﺳﻠﻢ , namun Beliau صلﷲﻋﻠﻴﻪﻮﺳﻠﻢ tidak memerintahkan kami mengqadha shalat.“ (Atau ‘Aisyah رضيﷲعنها
berkata) : Kami tidak melakukannya.” [2]
Adapun dalam lafadz yang lain disebutkan : “Kami diperintahkan untuk mengqadha
puasa (yang ditinggalkan semasa haidh), namun tidak (diperintahkan) untuk mengqadha
shalat (yang ditinggalkan semasa haidh).” [3]
2.
Dari Ibnu ‘Abbas رضيﷲعنمها
, dia mengatakan : “Apabila seorang wanita
yang berhaidh, suci (dari haidhnya) sesudah ‘Ashar (sebelum maghrib), maka
hendaklah ia (qadha) shalat Zhuhur dan ‘Ashar, dan sekiranya ia suci (dari haidhnya) sesudah
(shalat) ‘Isya’ (sebelum Shubuh), maka hendaklah ia (qadha) shalat Maghrib dan ‘Isya’.” [4]
3.
Dari ‘Abdurrahman bin ‘Auf رضيﷲعنه , dia berkata : ”Apabila seorang wanita berhaidh
suci sebelum terbenam matahari, maka hendaklah ia shalat Zhuhur dan ‘Ashar, dan
apabila dia suci (dari haidhnya) sebelum Fajar (Shubuh), maka hendaklah ia
shalat Maghrib dan ‘Isya’.” [5]
KETERANGAN
Seluruh Fuqaha’
kecuali ‘ulamak Khawarij menetapkan bahawa wanita tidak wajib mengqadha
shalat yang ditinggalkan semasa dalam
haidh, tetapi mereka wajib mengqadha puasa yang ditinggalkan semasa haidh. [6] Penetapan ini adalah benar berdasarkan Hadits ‘Aisyah
رضيﷲعنها di atas.
Adapun bagi wanita
yang suci haidhnya pada waktu ‘Ashar ataupun sebelum terbenam matahari, yakni
sebelum Maghrib (kira-kira sekadar sempat shalat satu raka’at seperti yang
disebutkan dalam Ihya’ ‘Ulumuddin), maka adakah ia wajib menqadha shalat ‘Ashar
dan Zohor (yakni setelah ia mandi hadats)? ‘Ulama’ salaf tidak sepakat dalam
masalah ini.
Menurut Al-Imam Asy-Syaukani
رﺣﻤﻪﷲ dalam Nailul Authaar (I/355),
para ‘ulama salaf khilaf dalam masalah ini (yakni sebahagian mengatakan wajib
qadha shalat ‘Ashar dan Zohor seperti yang disebutkan dalam Atsar No. 2 dan No.
3 di atas, yang lain pula menyatakan hanya wajib shalat ‘Ashar sahaja). Ia mengatakan : “Imam Ahmad رﺣﻤﻪﷲ
mengatakan bahawa majoriti ‘Ulama’ Tabi’in berpendapat seperti yang diriwayatkan
oleh Ibnu ‘Abbas رضيﷲعنمها
dan ‘Abdurrahman
bin ‘Auf رضيﷲعنه , kecuali
al-Hasan Al-Bashri رﺣﻤﻪﷲ .”[7]
Para ‘Ulama’ yang
berpendapat wajibnya mengqadha shalat Zhuhur dan ‘Ashar ke atas wanita apabila
ia telah suci dari haidhnya sebelum matahari terbenam dan wajib mengqadha solat
Maghrib dan ‘Isya’ apabila ia telah suci haidhnya sebelum fajar, adalah
beralasan dengan pendapat Ibnu ‘Abbas رضيﷲعنمها dan Abdurrahman bin ‘Auf رضيﷲعنه , seperti di atas.
Mereka juga mengambil jalan ihtiyat (yang
lebih selamat) dengan alasan mungkin darah haidh itu sebenarnya
telah kering (suci) pada waktu Zhuhur atau pada waktu Maghrib lagi. Hanya sahaja
keadaan itu tidak disedari oleh siwanita yang berkenaan disebabkan oleh
kelalaiannya atau kealpaannya atau sebagainya.
Mereka juga berpendapat sedemikian dengan alasan bahawa
‘Ashar dan Zhuhur pasangan shalat jama’ bagi shalat siang , manakala ‘Isya’ dan
Maghrib adalah pasangan shalat jama’ bagi shalat malam, samada jama’ ta’khir
atau jama’ taqdim.
Alasan-alasan tersebut dijawab atau disanggah oleh
‘Ulama’-‘Ulama’ yang berpendapat sebaliknya (yakni wanita yang kering / suci
dari haidhnya pada waktu ‘Ashar (sebelum Maghrib) atau ‘Isya’ (sebelum Fajar),
hanya diwajibkan shalat ‘Ashar dan ‘Isya’ sahaja, tidak wajib mengqadha shalat
Zhuhur atau Maghrib (mengikut mana-mana yang berkenaan) dengan alasan-alasan
berikut :
Pertama :
Mereka berhujjah bahawa mewajibkan mengqadha shalat Zhuhur
ke atas wanita yang kering/suci haidhnya pada waktu ‘Ashar (sebelum Maghrib)
atau mewajibkan mengqadha shalat Maghrib ke atas wanita yang kering/suci pada
waktu ‘Isya’ (sebelum Fajar) dengan berdasarkan pendapat Ibnu ‘Abbas رضيﷲعنمها dan Abdurrahman bin ‘Auf رضيﷲعنه , adalah tidak tepat kerana
pendapat tersebut bercanggah dengan Hadits ‘Aisyah رضيﷲعنها di atas yang menunjukkan para wanita tidak
diwajibkan mengqadha shalat yang ditinggalkan semasa dalam haidh.
Kedua:
Mengenai hal ini (wanita tidak diwajibkan mengqadha
shalat yang ditinggalkan semasa dalam haidh) telah diIjma’kan oleh ‘Ulama’
berdasarkan Hadits ‘Aisyah
رضيﷲعنها di atas, sebagaimana
yang disebutkan oleh Al-Imam
Asy-Syaukani رﺣﻤﻪﷲ
dalam Nailul
Authaar (I/354): “Ibnul Mundzir, Al-Imam
an-Nawawi dan selain keduanya رﺣﻤﻬﻢﷲ , menukil
ijma’ kaum Muslimin dalam masalah ini, yaitu kaum wanita tidak wajib mengqadha
shalat, namun wajib atasnya mengqadha puasa….” [8].
Al-Imam an-Nawawi رﺣﻤﻪﷲ dalam
al-Majmuu’ (II/351) mengatakan : “At-Tirmidzi, Ibnul Munzir, Ibnu Jarir
dan yang lainnya رﺣﻤﻬﻢﷲ telah
menukil ijma’ bahawasanya ia (wanita) haidh dan nifas) tidak perlu mengqadha
shalat, tetapi wajib mengqadha puasa…….”
[9]
Hal ini sesungguhnya berdasarkan nash dan pendapat yang
shahih dan yakin. Tidak ragu-ragu lagi yakni shalat yang ditinggalkan semasa
dalam haidh tidak perlu diqadha.
Berdasarkan ketetapan ini, maka apabila wanita itu
kering/suci dari haidhnya pada waktu ‘Ashar (sebelum maghrib) atau ‘Isya’
(sebelum Fajar), maka wanita itu diwajibkan bersuci (mandi hadats) pada waktu
itu dan mengerjakan shalat ‘Ashar atau ‘Isya’ (mana-mana yang berkenaan).
Demikianlah seterusnya.
Ia tidaklah sekali-kali diwajibkan mengqadha shalat
Zhuhur atau Maghrib sebelumnya, kerana pada waktu itu ia masih lagi dalam
haidh. Penetapan ini adalah kerana mengingatkan Hadits ‘Aisyah رضيﷲعنها di atas, bahawa para wanita tidak diwajibkan
mengqadha shalat yang ditinggalkan semasa haidh dan ini sudah jelas. Oleh itu tidak timbul masalah ihtiyat
(yang lebih selamat) di sini.
Kalau dikatakan “mungkin” wanita tersebut
telah kering haidhnya pada waktu Zhuhur lagi, tetapi tidak disedari olehnya
pada waktu itu kerana kecuaian, kealpaan atau sebagainya dan ia baru menyedari
atau menyakini kering haidhnya itu pada waktu ‘Ashar sahaja, maka jawapannya
adalah seperti berikut….yakni keringnya haidh itu pada waktu Zhuhur adalah satu
kemungkinan sahaja. Maka bererti juga mungkin tidak kering lagi haidhnya pada
waktu Zhuhur itu. Yang pastinya dia mengetahui darah haidhnya itu kering pada
waktu ‘Ashar. Ini adalah satu kepastian
atau keyakinan sedangkan menurut qaidah, yang yakin tidak dapat dikalahkan oleh
yang ragu, melainkan oleh yakin juga.
Adapun sikap berjaga-jaga atau berhati-hati mengenai
hukum sememangnya dituntut oleh syara’.
Dalam masalah ini yang diminta berhati-hati adalah memerhatikan
benar-benar bilakah darah haidhnya itu kering di hari-hari terakhir waktu
haidhnya, bukan dengan cara mengqadha shalat pada waktu yang belum diyakini
haidhnya telah kering (Zhuhur atau Maghrib).
Perhatikanlah.
Ketiga:
Mengenai alasan yang ketiga, yang mengatakan shalat
Zhuhur dan ‘Ashar adalah regu shalat jama’ siang (maka kalau kering haidhnya
pada waktu ‘Ashar ia diwajibkan shalat ‘Ashar dan mengqadha shalat Zhuhur
sebelumnya), begitu juga shalat Mghrib dan ‘Isya’ adalah regu shalat jama’
malam (maka kalau kering haidhnya pada waktu ‘Isya’ ia diwajibkan shalat ‘Isya’
dan mengqadha shalat Maghrib sebelumnya), juga tidak dapat diterima, kerana
menjama’ shalat (Zhuhur dan ‘Ashar / Maghrib dan ‘Isya’) dalam keadaan
bermestautin (begitu juga dalam keadaan bermusafir), itu tidaklah diwajibkan.
Bagaimana hendak mengenakan sesuatu yang tidak wajib kepada yang tidak
diperintah? (Yakni jama’ shalat tersebut dalam masa bermestautin tidak
disyari’atkan (kecuali dalam keadaan tertentu seperti hujan lebat, sakit dan
sebagainya, diharuskan), sedangkan shalat dalam masa haidh tidak diwajibkan
seperti yang dijelaskan dalam Hadits ‘Aisyah رضيﷲعنها .
Oleh itu pendapat yang lebih mendekati kebenaran dalam
masalah ini ialah para wanita yang kering / suci haidhnya pada waktu ‘Ashar
atau ‘Isya’, hendaklah mandi hadats pada waktu itu juga, lalu mengerjakan
shalat ‘Ashar atau ‘Isya’ itu sahaja dengan tidak diwajibkan mengqadha shalat
Zhuhur atau Maghrib sebelumnya (seperti pendapat al-Hasan al-Bashri). Demikianlah kesimpulan pendapat kami dalam
masalah ini.
ﻮﷲاﻋﻠﻢ
اﺑﻮﻣﺤﻤﺪﻧﺼﺮاﻟﺪﻳﻦاﻟﻜﻠﻨﺘﻨﻲ
22
November 1987
[Di taip semula dan diedit dengan izin : oleh Abu Mu'az @18
November 2014 (25 Muharram 1436)]
[1]
Syaikh Husain
bin “Audah al-‘Awaisyah, Ensiklopedi Fiqih Praktis Menurut Al-Qur-an dan
as-Sunnah, Jilid 1:245 – 246, terj
Indonesia,
Pustaka Imam Asy-Syafi’I, Jakarta, Cetakan I, 2009M.
[2]
Ibid, ms, 246, notakaki no. 23, Diriwayatkan oleh
al-Bukhari (no. 321), dan yang semakna dengannya oleh selainnya.
[3]
Ibid, ms, 246, notakaki no. 23, Diriwayatkan oleh
Muslim (no. 335), dan yang semakna dengannya oleh selainnya.
[4] & 5 Ibid,
ms 246, dalam Nailul Authaar (I/355) disebutkan :
“Keduanya diriwayatkan oleh Sa’id bin Manshur dalam
Sunannya dan Al-Atsram.”
[6] Prof.
T.M.Hasbi Ash-Shiddieqy, Koleksi Hadits-Hadits Hukum, 6:224, Pt.
Al-Ma’arif, Bandung, Indon, cet.I, 1966
[7]
Syaikh Husain
bin “Audah al-‘Awaisyah, Ensiklopedi Fiqih Praktis Menurut Al-Qur-an dan
as-Sunnah, Jilid 1:246, terj
Indonesia, Pustaka Imam Asy-Syafi’I, Jakarta, Cetakan I,
2009M.
[8] Ibid, ms 226.
[9]
Ibid, ms 226.